Monday, 29 September 2014

Ego Budak Akaun - Part 1

Assalamualaikum...

Apa khabar semua pembaca fahzaonline?
Saya doakan anda semua sihat sejahtera dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT...

Lama sangat saya tak menulis entri. Nak buat macam mana, sibuk. (Sibuklah sangat!) T_T

Ok lah, entri kali ini saya nak kongsi tentang kisah seorang budak. Budak ni, ya ampun!!! Punyalah degil!!!

Degil budak ni, bukan degil macam kanak2 tu. Degil orang dewasa.

Budak tu... ---> SAYALAH!!!
*angkat tangan sambil goyang




Al kisah.....

Suatu ketika dahulu (6tahun yang lepas), saya seorang yang boleh lah dikatakan pandai di sekolah. Pandai tu tak da lah sampai terkeluar biji mata cikgu tengok keputusan periksa saya. Hehehe

Bahasa mudahnya, saya perform masa kat sekolah.

Masa tu, huih habaq mai. Saya jadi FAMOUS! Saya dah jadi macam idola kat sekolah. Mana tak nya, saya ligat dalam kokurikulum. Lepas tu, belajar pun ok. Huhu

Naik pentas je, muka saya.
Hehe peace yo! \0/

Nak dijadikan cerita, semasa saya di tingkatan 5, pelajaran saya merosot. Saya terlalu sibuk dengan aktiviti sekolah, asrama, sampai kerja sekolah saya main tiru member je!

Tak cukup power lagi tu. Dalam kelas, sayalah RATU TIDOR! Nak2 lagi bila masuk lab. Perghhh mata membuai2.

Masa itu, saya ni jenis belajar sendiri. Bukan bodoh sombong. Cuma saya tak reti nak berbincang. Saya rasa semak kat kepala ni bila ramai orang.

Dah lah tu, paling saya tak suka bila belajar ramai2, masing2 nak tunjuk pandai! Alah, bosannya!!!

Dek kerana sebab itu, saya pun menonong lah belajar sendiri. Haaa hambik!!!

Nak hadam semua sorang2 memang tak terhadam!!!

Akhirnya, keputusan SPM saya dah macam nak order ABC. Maklumlah, banyak sangat gred yang dapat.

Kalau semua A, pendek je kan bunyinya. Huhuhu


Masih SAMA ketika di universiti

Alhamdulillah...

Walaupun keputusan ABC, saya berpeluang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tempatan.

Jurusan : akaun

Huh malu giler kot masa tu. Dari budak aliran sains hayat, masuk U beralih bidang plak kan.

Semasa dekat U, konsep yang sama saya amalkan. Iaitu, belajar SENDIRI.

Tak mahu belajar ramai2. Buat semak!!!

Semuanya berjalan lancar. Saya berjaya dapatkan pointer yang bagus!

Sehinggalah pada suatu hari, saya terjatuh terduduk melihat keputusan peperiksaan.

Saya GAGAL!!!

Semester 3 plak tu. Dah separuh jalan nak habiskan belajar ni.

Masa tu, kalau pegi hantuk kepala kat dinding pun, saya susah sangat nak percaya.

Dok pikir kat kepala. Macam mana saya nak berhadapan dengan mak ayah, kawan2.

Saya menangis. Saya mengadu kat Allah. Saya malu.

Sebab, masa saya berjaya, saya LUPA pada DIA. Saya terlalu sibuk kejar dunia. Terlalu bangga dengan pelajaran saya. Saya selalu berhubung dengan DIA di hujung2 waktu.

Sekarang, bila saya terjatuh. Pada DIA saya mengadu!

Allah, Allah, Allah....

"Ampunkan aku. Terlalu lama aku memulaukan diri darimu. Ampunkan aku ya allah. Sesungguhnya hambamu ini selemah2 iman. Berikanlah aku jalan untuk menuju kepadamu ya allah. Aku mohon."




Saya Bangkit

Kegagalan pertama yang saya lalui amat memberi tamparan yang hebat dalam hidup saya. 

Saya seperti 'lahir' semula.

Saya berusaha untuk semakin dekat dengan Allah. Janji niat kena betul, usaha kena ada.

Saya dah tak paksa diri saya untuk menjadi pandai. Saya langsung tak pandang title tu lagi. Prinsip saya, saya mesti letak kesungguhan yang tinggi, dan apa yang saya dapat, saya redha, saya terima. Sebab, ini yang TERBAIK Allah nak beri pada saya. 

Allah sayang saya, sebab itu Allah buat saya sampai 'terjatuh'.

Sampai sekarang saya masih setia dengan prinsip saya dalam apa jua yang saya lakukan.

Pernah suatu hari, terdetik di hati saya...

"Kenapa ya, ada orang yang tak solat pun boleh berjaya. Yang tak belajar pun boleh pandai."

Allah seakan memahami. Dia hantar jawapan kepada saya dengan pantas!

Kebetulan, semasa saya terfikir tentang perkara tersebut, ada rakan saya bertanya;

"Haza, pernah tak kau rasa, kau belajar macam mana pun, kau tak pandai2 jugak. Solat buat je. Tapi bila tengok orang lain, yang lebih rilex, tak belajar pun, pointer 4 flat!"

"Kau pernah tak rasa macam tu, haza?"

Jawab saya; "Pernah wei. Benda ni kadang2 buat aku runsing jugak."

Kawan saya berkata; "Itu tandanya Istidraj, haza."

"Istidraj? Maksudnya?", soal saya.

"Istidraj bermaksud pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai oleh-Nya. Macam kau rasa tadi, kenapa orang yang tak belajar pun boleh pandai, yang tak solat pun boleh dapat apa yang dia mahu. Itulah istidraj. Allah memberi apa yang mereka mahu, tetapi tiada nikmat di situ."

"Umpama orang kaya, tetapi tiada kasih sayang. Kosong!" 

"Mesti kau tertanya kan kenapa orang yang sentiasa ingat pada Allah, selalu dapat lewat apa yang mereka minta? Kadang2 tak dapat langsung", soal rakan saya.

Saya mengangguk, tanda setuju.

"Allah nak bantu kita sebenarnya haza. kita ni banyak dosa. Sebelum Allah beri apa yang kita mahu, Dia nak bantu kita untuk membersihkan diri dari dosa-dosa yang lalu."

"Yakinlah, kadang-kadang Allah tak memberi apa yang kita mahu kerana ada yang lebih baik untuk kita. Dia sedang uji kita, haza," ulas rakan saya.

Saya terdiam.

Lama saya pikir.

Saya menangis depan kawan saya. Saya seakan tersedar. Banyak nikmat yang Allah beri pada saya selama ini. Cuma saya sendiri TAK PERNAH BERSYUKUR!!!


Belajar hargai diri sendiri

Semenjak peristiwa tersebut, saya semakin faham erti BERSYUKUR.

Terus terang saya cakap, saya tak pernah rasa sedih dengan keputusan peperiksaan yang saya dapat walaupun ia tak seperti yang diharapkan.

Sebab, saya sangat hargai usaha saya. 

Yang datang kelas, yang buat assigment, yang jawab exam, tu semua dari usaha saya.

Kalau Allah tak izinkan, tak kan otak dan tangan saya mampu untuk berfikir dan menulis?

Bagi saya, apa yang saya dapat, itu yang TERBAIK Allah beri.

Tak perlu lagi untuk saya bersedih.

Sejak dari kegagalan tersebut, Alhamdulillah saya tidak mengulangi perkara yang sama untuk berlaku lagi. 

Sehinggalah saya berjaya menamatkan ijazah pada May 2014. Alhamdulillah, dengan izin dari-Nya...

Kini, Allah mudahkan lagi urusan saya mencari kerja.

Result final exam belum keluar lagi, Allah dah beri rezeki.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya. Sememangnya, saya berniat untuk tidak menganggur lama-lama.

Saya dah tak nak bebankan ayah dan ibu saya.

Saya nak belajar cari duit sendiri.

Walaupun, pekerjaan saya sekarang tidaklah sehebat rakan-rakan yang lain.

Kebanyakan mereka bekerja di syarikat yang besar, audit firm yang terkenal (saya pernah berimpian untuk kerja di sana).

Tetapi saya tak pernah berasa malu.

Malahan, saya dapat belajar banyak benda.

Saya yakin, setiap orang ada rezeki masing-masing yang Allah dah tentukan.

Cuma saya tak boleh menyerah sepenuhnya kepada Allah tanpa usaha.


Pesanan buat yang mengenali...

Saya perlu kongsi apa yang saya lalui kepada anda.

Kerana saya tidak mahu anda rasa diri anda sebagai seorang "LOSER".

JANGAN PERNAH PANDANG RENDAH, rasa sedih dengan apa yang kita dapat.

Belajarlah menghargai diri sendiri...

Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang kita dapat...

Secara sendirinya, kita belajar untuk redha dengan pemberian Allah.

Kerana kita semua sehina-hina manusia yang tak pernah suci dari dosa.

Perlukah kita bersedih jika tidak dapat apa yang diimpikan?

Apa yang kita miliki sekarang, adalah sebaik-baik pemberian dari-Nya.

Cuma kita perlu terus berusaha, bukan terus mengaku kalah dengan takdir.

Lastly...

I am happy for who I am. ^_^

-fhz-

Thursday, 3 July 2014

AKU BENCI BISNES!

Aku seorang Associate

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Berkat izin-Nya, selesai juga entri pertama saya.. 

Sebagai permulaan, ingin saya memperkenalkan diri.. =)

Saya Nor Hazahusna Mat Zain.
Berasal dari Ulu Kinta, Perak.
Seorang graduan Ijazah Perakaunan (Kepujian) dari UiTM Seri Iskandar, Perak.
*Yes, saya memang anak sejati Perak! huhu.. ^_^
Sekarang saya bekerja sebagai Associate di sebuah syarikat Perunding Kewangan di Puchong.
*Baru merasa duduk di negeri orang =)

Alhamdulillah..
Berkat usaha saya dan doa ibu bapa, saya berjaya mendapatkan pekerjaan pada pertengahan bulan Febuari 2014.

Haaa..cepat kan? huhu baru Januari lepas saya habis belajar. Masih terasa lagi bahang final exam.
Final year kan, mau tak risau! Huh!

Ok, bermulalah kehidupan saya sebagai seorang yang sudah bekerjaya. Ini adalah perkara yang saya impikan sejak belajar lagi.

Yelah, semua orang impikan pekerjaan selepas belajar kan. Masa ni kita rasa nak balas budi ibu bapa, nak buktikan yang kita ni insan yang berguna.

Saya memang tidak memilih kerja, mahupun gaji. Yelah, nama pun tak ada pengalaman. Tak perlu rasanya nak demand lebih. Bagi saya, asalkan saya bekerja tetap, masa depan terjamin!

Pada saya, biarlah kerja yang saya dapat itu halal disisi-Nya. Itu lebih berkat.
Biarlah gaji sikit pun, yang penting saya dapat timba pengalaman bekerja.

Skop pekerjaan sebagai associate ini luas. Bak kata orang, semua boleh. Bukan hanya admin, akaun, lebih dari itu saya buat. Untuk bulan pertama, saya agak down dengan diri sendiri. Rasa diri ni bodoh pun ada. Yelah, tak pernah ada pengalaman kerja. Budak mentah lagi.

Tetapi saya kuatkan semangat. Sebab masa itu, saya tahu ini hanyalah permulaan perjalanan karier saya. Kalau saya tak kuat, macam mana saya nak terus bekerja makan gaji untuk tempoh 36 tahun akan datang!! T_T

Lama tu....

Jadi, saya mesti kuat. Saya sangat teruja untuk mendapatkan pengalaman bekerja. Benda ini semua untuk menjamin masa depan saya.

Bulan demi bulan saya teruskan bekerja. Ya, bila dah bekerja ni, baru saya tau betapa besarnya 'nilai' gaji saya.

Kalau ikutkan, saya belum ada komitmen yang besar pun (sementara masih bujang ni). Hanya setakat bayar yuran PTPTN, duit untuk kahwin dengan simpanan sendiri. Nak beli kereta tak mampu lagi. Sebab dengan gaji yang ada ni, tolak itu ini, haaa boleh dikatakan setiap bulan tak ada simpanan pun untuk diri saya!

Senario yang sama pada hujung bulan..

Sebelum dapat gaji = saya dah plan bajet.

Dah dapat gaji = saya ikut bajet yang saya dah buat.

Seminggu lepas gaji = saya dah mula garu kepala. Sebab bajet saya dah lari!!

Kenapa lari?? haaa sebabnya, mantap macam mana sekali pun saya buat bajet, tetap terlari jugak dari landasan. Ada sahaja perbelanjaan lain. Tapi semua tu perlu.

Sedih tau bila kita bekerja, lepas tu gaji ngam2 je.




Haaa.. macam ni la muka saya bila seminggu lepas gaji. T_T


Walaupun gaji tak cukup, saya tetap tekad untuk terus bekerja. Nak survive.. 
Dengan bekerja makan gaji sahaja yang dapat menjamin masa depan saya.
*Dalam kepala dok pikir, macam mana la esok2 bila saya dah bekeluarga.

Aku seorang Businesswoman

Saya seorang yang berprinsip. Saya tidak suka dipaksa dalam keadaan apa sekali pun. Nak belajar, nak kerja, walaupun nak kemas rumah! Saya memang tidak suka dipaksa. Huh pendek kata, kalau saya nak buat, saya buat. Kalau saya kata tak nak, saya tak akan buat! 

Sebab bagi saya, saya akan buat sesuatu perkara bila saya betul2 bersedia.
Nak2 lagi kalau perkara tu benda yang saya minat!! Cepat je saya buat! ^_^

Dalam banyak2 perkara, saya paling BENCI untuk berniaga.

BENCI SANGAT!!!



Sebabnya,


  • Saya memang tak minat langsung berniaga!
  • Berniaga ni risikonya tinggi.
  • Pulangan belum tentu ada.
  • Lepas tu, saya kena keluarkan modal lagi.
  • Nak fikir produk lagi.
Arrrrggghhhhh...!!!! Buat semak kepala aja!

Buat tambah masalah!!!

Jadi, kepada sesiapa yang ajak saya berniaga, memang saya tolak mentah2! Cakaplah apa pun, saya memang tak akan layan!!



Nak dijadikan cerita, pada Disember 2013, saya dipaksa hadir ke program Bangkit Berniaga oleh Dr. Azizan Osman. Dah lah masa tu saya tengah final. Arrrggghhhh STRESS!!!

Tengah nak final ni la pun sibuk nak pergi program. Macam tak ada masa lain. Huh!

Sejujurnya, saya sangat suka hadir seminar, ceramah, apa sahaja majlis ilmu. Saya suka sangat!
Tapi kalau bab2 berniaga ni, SORRY TO SAY. Bye bye..

Saya hadir program Dr. Azizan ni pun, sebab kena paksa dengan seseorang.
Geramnya masa tu, Allah sahaja yang tahu.

Saya nak pikir exam lagi, ada pulak masa saya nak pergi program kan.
Tapi dah kena paksa, so redha.. Saya fikir program ni free, jadi saya ikut jelah. Tak kena bayar pun. huhu

Maka saya pun pergilah.. T_T

Program ini berlangsung selama lebih kurang 4 ke 5 jam. 

Subhanallah.. Saya tak tahu perasaan apa yang ada dalam hati sepanjang program tersebut, saya sikit pun tak rasa marah walaupun saya memang tak ada hati nak dengar tentang bisnes..

Ditakdirkan, semasa saya pergi program tersebut, saya diperkenalkan oleh seorang usahawan yang berjaya melalui video yang ditayangkan. Beliau merupakan salah seorang testimoni Dr Azizan. Saya tak tahu kenapa, dalam ramai2 usahawan yang berjaya, saya tertarik dengan kisah kejayaan beliau. Seolah-olah bagai ada 'chemistry'.

Yang mengejutkan, usahawan tersebut menjalankan bisnes produk supplement yang saya makan.
Saya sangat teruja dan bangga! Entah macam mana tiba2 saya rasa seronok sangat.

Terasa ingin tahu lebih dalam lagi.

Timbul perasaan ni dalam hati, " Ruginya aku kalau tak buat bisnes benda yang aku makan. Aku dah jadi ahli kot!"

Saya mula mengenali usahawan tersebut. Dalam misi pencarian, inilah perkara pertama yang saya jumpa...



Saya tak semena-mena TERBACA ebook ini..

Ya, orang cakap tak kenal maka tak cinta.. saya rasa saya dah JATUH CINTA!!! 

Sejak dari itu, saya mula berjinak2 ambil tahu tentang bisnes. Selama ni, bukan tak pernah ambil tahu. Masa belajar dekat universiti, ada je belajar tentang bisnes. Tetapi saya tak pernah ambil peduli pun nak guna!

Saya tekad, saya nak ubah hidup saya. Saya tidak mahu lagi hidup biasa2..
Saya mahu hidup LUAR BIASA!!


" Aku nak sangat jadi seperti usahawan tu"

Ya, dari benci saya sudah jatuh cinta kepada dunia perniagaan. Siapa sangka, Allah bukakkan mata dan hati saya untuk saya ubah hidup dari biasa kepada luar biasa. Untuk saya bantu lebih ramai orang. Untuk saya tambah nilai hidup orang lain. 

Saya bersyukur sangat kepada Allah kerana telah memberi jalan yang terbaik walaupun saya sangat mentah dan baru memulakan perniagaan pertama saya. Saya bersyukur kerana saya dipertemukan dengan bisnes yang tidak memerlukan modal yang banyak. Tambahan pula, saya dijodohkan dengan Group MFMS yang banyak membantu untuk memberi tunjuk ajar. Paling saya terkesan, sejak saya mula ada hubungan dengan mereka, kehidupan saya semakin tenang. Saya semakin faham apa tujuan hidup saya di muka bumi Allah ini.

Kadang2, Allah tak memberi perkara yang kita mahu kerana Allah tahu perkara yang terbaik untuk kita.

Walaupun cita2 saya ingin menjadi seorang Ejen Percukaian, yang ada firma sendiri, tetapi Allah memberi saya petunjuk untuk 'belajar' dahulu sebelum saya mencapai cita2 saya. Allah memberi peluang untuk saya lebih bersedia dalam dunia perniagaan.

Syukur Alhamdulillah.. Sekarang saya sangat seronok berniaga..
Sambil bekerja pun boleh berniaga.. 2 in 1.. =)

Saya tetap teruskan pelajaran saya dalam perniagaan kerana ini yang terbaik dari Allah SWT..

Alhamdulillah..

"Aku kini seorang Associate dan Businesswoman"

-fhz-

Friday, 6 June 2014

Performance Drink (PD) - Minuman Istimewa Untuk Ahli Sukan.

Assalamualaikum,

Bagi 'sportsman', minuman yang biasa diambil untuk meningkatkan ketahanan semasa bersukan tentunya minuman isotonik kan? Macam-macam jenama ada di pasaran..
Tapi tahukah anda?

Minuman tersebut mengandungi gula yang banyak dan juga ada kandungan karbonat dan dah tentulah minuman tersebut MERBAHAYA kepada tubuh badan kita..

So, apa kata kita beralihlah kepada PERFORMANCE DRINK.. Ia juga adalah minuman isotonik yang telah melalui clinical research dan sangat membantu kecerdasan tubuh badan.


APA ITU PERFORMANCE DRINK?




1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah DEHYDRATION, seperti fungsi minuman isotonik.
 
2. Ia juga membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan juga stamina.

3. Minuman ini bukanlah milk booster atau minuman penambah tenaga susu tapi sebaliknya dapat membantu tubuh badan kita dalam menjaga kestabilan bendalir dalam badan agar tidak kekeringan.

4. Ia turut mengandungi formula karbohidrat unik shaklee iaitu OPTICARB yang dapat membekalkan tenaga serta merta.. ia juga adalah rangkaian karbohidrat yang dapat memberikan tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan GULA dalam darah.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh membantu mencegah dehydration tu.


APA PULA KELEBIHAN PERFORMANCE DRINK SHAKLEE?


1. Ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air.

2. Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.

3. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

4. Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina

5. Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Jadi kawan-kawan jangan pandang ringan dengan kepentingan minuman eletrolit yang cukup dalam badan kita sebab jika kandungan eletrolit terganggu, ia boleh membawa maut.

TANDA-TANDA HAUS TERLAMPAU - Kulit bibir menggelupas dan mual, itu tanda kita mengalami tahap dehidrasi melampau..haaa, cepat2 lah ambik performance drink untuk elakkan diri dari bahaya. (TinaTinot Online)